Cuaca di hari Sabtu, 13 Julai 2013 tersangatlah panasnya. Sehinggakan semua pokok terkulai layu. Kena pula air paip tak ada dari malam sehingga tengah hari. Berjimat cermat lah kami anak beranak menggunakan air. Pinggan mangkuk periuk belanga masa bersahur pun tak cuci!
Air tangki pulak memang sengaja di kosongkan. Tangki bocor! arghhh sudah! mujur ada air dalam tong biru besar belakang rumah memang sudah siap sedia di simpan untuk hal kecemasan.
Balik dari hantar budak-budak kelas tuisyen, periksa paip di depan sudah air. Tapi tak kuat mana.. berpanas terik menyiram pokok.. masuk rumah, nampak gelap - rasa nak pitam hehe.
Rasa sakit mata lihat kawasan tepi pagar ni. Pokok tak berapa nak membesar akibat terlindung cahaya. Pokok paling tepi saja membesar bagai johan dan melindungi pokok di tengah-tengah.. Rasa nk cabut buang saja, tapi sayang pulak. Nak tanam pokok Plambago di area sini.. Pokok Plambago tu pulak susah nak jumpa di sini... ada rezeki bertemu lah kami nanti... hanya Allah saja yang tahu.. In Shaa Allah.
uuu panas sungguh.. nampak 'kering'.. rumah burung bertemankan anak ayam? nanti saya cari anak burung ye... benda macam ni mahal sungguh. kecik macam tu je dah dekat RM10... pandai kan orang buat duit...
Salam
ReplyDeleteGeramnya tgk ros dia, cantik2! tayang2lahlagi ya.
selaaat berpuasa ke 9!