Masalah yang melanda sejak beberapa hari lalu adalah Bena Putih. Selain berada di daun pokok ros, ia juga gemar menyerang pokok Hoya serta JR. Pokok lain juga ada, kena rajin periksa ya.
Sekali ia menyerang pokok akan mati terus. Jadi langkah mudah untuk matikan terus Bena Putih ini adalah dengan sembur racun organik ramuan ini.
**sebab sepasu je kena serang, so saya bancuh 500ml saja**
- 500ml air
- 3 biji cili padi
- 5 ulas bawang putih
- dua cubit soda bikarbonat
- 1 sudu kecil sabun cecair cuci pinggan
## blender semua dan tapis, boleh spray anytime! ##
Saya spray tengah hari panas tu, mati terus bena tu. Puas hati!
Selamat mencuba.
Gemuk gemuk Bena Putihnya.. maklum lah hisap zat subur JR saya!! |
Bancuhan ramuan pijar saya (racun organik) |
Bena yang tergolek menanti maut.. haha |
Ewwww... geli kalau banyak banyak macam ni. Sembur sampai lencun pun tak apa.. bagi semua kena air cili tu.. panas pijar + MAUT! Lihat tubuhnya tu... meremang bulu roma! |
Menarik. Saya dah cuba. Terima kasih berjaya.
ReplyDeletekat rumah saya yg selalu mati diserang bena pokok portulaca tu.geram sgt kat bena. kadang2 bena ni duduk dlm tanah serang pokok berubi seperti lili.terima kasih kerana share tips ye.
ReplyDeletewaa,nk cubala...coz pokok byk mati dah...huhuhu
ReplyDeleteterima kasih atas tips tue. pokok kacang kelisa saya pun kena macam nie. tp saya tak tahu apa bendanya tue. skrg baru saya tahu...bena putih namanya...:)
ReplyDeleteoo bena putih ye namanya.. saya dok panggil bangkak je.. mmg geram dengan ini makhluk perosak. habis pokok sayur saya mati.. TQ bagi tips ni. lps ni mmg akan terus buat...kesian pokok pokok saya menjadi mangsa kerakusan bena putih......
ReplyDeletedah 4 pokok hiasan saya mati dek kerana binatang ni.. geram saya.. dah pakai racun organic cap BABA yang dibeli di Aeon Big.. x jugak berhasil.. nasib baik saya jumpa tips ni.. balik kerja ni saya nak terus buat.. thanks for this great tip..
ReplyDeleteKalau tak campur soda bikarbonat x boleh ke?
ReplyDeleteTq share tips ni. Nak cuba la..
ReplyDeletebena dah menyerang rj saya juga..
hope mati semua bena putih tu.
Thx u tip ni..
ReplyDeleteNak tanya untuk pokok orkid blh guna x racun ni?
ReplyDeleteTelurnya akan mati juga?
ReplyDeleteKalo serangga yang attack dalam tanah tu,kalo sembur,mati x pokok?kot2 la pijar semua nnt
ReplyDeleteT.kaseh atas panduan inisaya dah cubs harap2 dah tak serang lagi bunga ris jepun n cili saya
ReplyDeleteAsskm, Selalu racun organic homemade ni expiry date dia bila?
ReplyDeleteKalau dalam tanah nk buat mcm na?
ReplyDelete