Wednesday, January 2, 2013

Taman Ros di Musim Tengkujuh di Pantai Timur (2012)




Assalamualaikum.. lama saya tidak update blog. Hampir lupa saya miliki blog satu lagi (saya ada beberapa blog heh heh heh). Sejak selepas Ramadhan, lama saya tidak melangkah kaki ke laman. Sibuk saya siapkan tempahan crochet pelanggan Sew-Addict.Com. Alhamdulillah semakin ramai meminati hasil tangan saya termasuk mendapat tawaran membuat buku crochet untuk pasaran Malaysia bersama Karangkraf. Ohhh saya belum hantar draf! Sudah sebulan tertangguh!! adui, sibuk benar saya.

Musim hujan memang melanda negara kita kan. Pantai timur..pantai barat.. tapi yang benar-benar hujan seperti dijangkakan pakar kajicuaca adalah bermula bulan 12 ini! Hujan tanpa henti siang malam sehingga mengakibatkan bajir di Terengganu, Pahang dan juga Kelantan! Ohhh air sungai Kelantan naik mendadak. Habis hanyut pasir yang mereka tambak untuk membuat taman di pinggir sungai kelantan tu hanyut.. Kadangkala memerlukan terowong short cut saya nak pusing balik ke rumah di tutup kerana air sungai naik huuuu... silap silap kampung kampung dalam sikit (juga shortcut) kena tutup juga kenderaan kecil tidak boleh lalu... lagi haru bila kena waktu subuh nk hantar anak sekolah... panik makkk nak u turn tak reti haha

Ok, berbalik pokok mawar saya... sekarang keadaannya sangat sedih. Habis daun luruh akibat penyakit kulat (Black Spot). Setiap hari kena pantau mengutip daun dan buang. Kalau tak hujan gigih la saya menyapu. Maklum la laman saya bersimen. kalau tak sapu, sakitnya mata melihat.




Baru-baru ni kawan-kawan geng ros cerita tentang Baja Organik dari Siam. Rakan lama saya kak Jasliza menunjuk banting yang memang saya kenal sangat lokasinya.. hehe masa nursery tu baru bukak, saya dah rasmi terjah dulu. Tapi sebab saya dah beli berpuluh kg baja magic touch tu.. tak tergera pulak hati nk beli baru. Rupanya betul memang tempat tu. Owner dia orang siam. Lagi best, bila bawa balik guni baja tu, asben cakap itu kompeni dia punya. Cuma bukan buat di Malaysia. Di sini memang ada seorang ajen dia. emm ingat boleh bodek dapat harga murah. Tp husband memang tak nak tolong la kalau macam ni gayanya...kiki semua nk murah... Ok, nanti saya open sale untuk baja ni. Kalau baja saya rajin la nk jual.. kalau pokok bunga saya malas.. leceh!

Bunga purple di atas adalah Ebb Tide Rose. Bau dia Masya-Allah sangat harum. Buka sliding, bau menerpa masuk ke rumah.. memang wangi!!




Antara rose yang mahal saya beli... Warnanya sangat sweet. Baunya juga harum. Jenis memanjat. Kelopaknya sangat cantik. Mudah luruh. - Queen Of Sweeden Rose.

Tak banyak pokok ros saya berbunga. Memang sengaja saya buang kudup dan bunga di musim hujan ni. Cuma yang bawah shade saja saya biarkan berbunga. Sesekali rindu nak menatap bunga mawar ni.... Dalam bulan Feb nanti akan reda la kut hujan...mudah-mudahan.. rindu nk lihat warna warni pokok di laman.. rindu nk borong pokok ros banyak-banyak di sempadan siam.. ahaks...

1 comment:

Saya Peminat Tegar Mawar Khatulistiwa.
Nak Komen....Nak Komen.. Nak! Nak!