Assalamualaikum!!
Buang tebiat kejap!! Tak pernah lagi interframe di laman sendiri. Biasa kalau turun laman pakai baju kelawar la.. tak pun t-shirt dgn topi nyonya jual sayur tu. Hari ni buang tabiat sat. Tapi sayang bunga tak ada!
Hari ni tak hujan! So ambil kesempatan bergambar. Pokok mawar saya majoriti berusia setahun. Sepanjang tengkujuh dari bulan 10-12 tempohari 20pasu mati! Jadi moralnya tak payah sangat borong grafted tree rose sbb kalau kena air cepat la kena kanker dan BS.
Ok kengkawan... ya saya sekarang sudah debab. Pokok tak gemuk mana, tuan dia overdose! Sy dlm proses berazam baru semula iaitu nk slim balik heheh
Tu dia meriahnyer kebun... :)
ReplyDeletemana meriah lagi.. bunga tak de...musim hujan akka mmg tak kasi dia berbunga..rugi je dik.. tak boleh cium cium hehe
ReplyDelete