Assalamualaikum.. selam hari Rabu.
Awal tahun ini azam baru bersarang di dada.. hendak pelihara semula pokok yang mana masih hidup.
2 tahun tidak berjaga..siram sekali sekala.. pastinya pelbagai penyakit datang melanda. Daun pun sampai botak!
Sayang?? Jangan ada istilah sayang kalau nk menjaga ros ni.. langkah pertama adalah PANGKAS kasi kontot.
Potong semua blind shoot yang tumbuh tepi tepi batang utama pokok. Tinggalkan batang utama je. Pangkas ikut tinggi yang korang nak. Mcm pokok ni (Spirit Of Freedom) pokok memanjat saya. Saya tinggalkan dalam paras peha dan sedikit paras bahu. So nanti kalau tunas baru muncul cepat sket dia penuh arch hehe
Jangan lupa gembur tanah. Kalau menyedihkan keadaan tanah tu, tukar je medium baru. Jangan lupa lagi BAJA. Saya hanya pakai baja organik import from thailand. Suka baja ni..comfirm pokok subur!
Siram pokok mcm biasa 2 hari sekali. Kalau hujan, sekali pon ok. Atau kalau lebat, x yah la siram..
Lihat, tak sampai 2 minggu pokok dh keluar tunas baru yg lebih segar dan hijau..
Tak sabaq nk tengok bunga dia lagi....
Nanti update lagi...
POKOK ROS AKAK PUN BYK YG TINGGAL BTG JA.. DAUN PUN TAK ADA... NAK PANGKAS CAM NI GAK LAH.. TERIMAKASIH :)
ReplyDeletePokok2 sy dh keluarkan tunas baru kak.. Alhamdulillah
ReplyDeleteSalam, nak tnya kat kelantan biasa kat mana beli english rose?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAnd nk tnya lagi, kat mana boleh beli arch tu?
ReplyDelete