Tuesday, January 6, 2015

Januari 2015 - Nazira Cottage Garden selepas 2 tahun

Assalamualaikum.. salam sejahtera.

Lama saya menyepi.. sibuk dengan tugasan lain. Apakah? Ya, sibuk menguruskan badan dan mendapatkan kembali stamina seperti muda remaja hehe.. serius! Saya memang orang sukan sejak dari sekolah rendah. Larian (semua kategori larian kecuali 1500m)..bola jaring..bola baling..hoki.. aktif sehingga masuk universiti. Bila kawin stop! Bila beranak lagi la stop! Bila anak ke-3 stop breastfeed, tanpa ku sedar badan makin naik dan naik. Tau tau lutut sakit..tumit sakit..baju ketat..lemak tersembul sana sini. Hasil sokongan suami, Alhamdulillah dh dpt berat lama kembali.

Ok..kisahnya... semua org tahu kami di kelantan ditimpa musibah. Saya sangat sedih dan bersimpati kepada penduduk Gua Musang..Kuala Krai..Tumpat..Wakaf Bharu..Pasir Pekan Hilir yang ditimpa musibah. Bukan sikit sikit kerosakan..ada yg musnah kediaman..barang kain baju x boleh pakai. Banjir lumpur!!

Kawasan rumah saya yg agak tinggi di Pasir Pekan ni pon air sampai!! Ya Allah!! Kebetulan malam kejadian yg kecoh bingit dan hingar bingar itu suami sy sudah sampai dari Terengganu. Jam 12malam Kota Bharu sudah dibanjiri. Cadang nk tengok2 sekejap. Tiba2 jiran kecoh kata air dh sampai. Dgn mata sendiri sy tengok kepala air datang dari rumah hujung. Panikkk!!

Mujur suami ada. Kalau idak, pitam kot. Tak tau nk buat apa. Kita ni perantau. Sedara mara mmg tak ada. Kawan pon tak ada. Harapkan jiran kiri kanan je (Cina). Jgn marah tau, sy mmg selesa kwn dgn Cina berbanding dgn org Melayu sini..entah, 12thn duduk sini susah nk dpt org kita yg ikhlas nk berkawan. Kawan just touch n go tu mmg ramai..huhu faham tak? Ngeeee itu hakikatnya ya!!

Kejiranan sekeliling air dh masuk rumah sampai peha! Rumah saya ni kebetulan hujung jalan tinggi sikit. Dan kebetulan kami simen porch kami tu semua lebih 2 kaki dulu. Tu sebab tak de tanah. Kalau dulu x buat, rasanya lama air masuk. 3 malam tak tido. Standby air naik. Kain baju dh campak dlm plastik sampah je. Senang nk pindah. Kereta saya dh parking tpt tinggi. Tengok keadaan org kampung yg menangis..bingung..kelaparan..blur..mmg sangat insaf. Sy sendiri menangis!! Kalau la kena kat saya..tak tahu la. Parents saya call menangis..takut saya & anak2 tak de tpt nk tuju. Bila ckp suami dh ada..baru dorang lega.

Hikmahnya dari kejadian itu..air naik sampai porch. Sikit lg air nk cecah dpn pintu. Kalau bot lalu atau hilux lalu air berkocak kuat, mmg masuk la sikit... pasu semua bergenang air. Jadi..baru la saya perati kesian pulak pasu pasu tu lama tak di belai.. betul, lama tak siram..lama tak baja. Berpuluh lagi pokok rose mati.

Sebaik air surut..sikit2 saya kemas.. cabut rumput..cabut pokok mati.. kebetulan hilux suami ada..ulang alik byk kali gak pi buang.. sampah dh banyak (org kemas rumah & buang perabot rosak). Saya tambah lagi dgn sampah sy huhuhu..

Ini lah hasil sikit2 berkemas. Tak boleh all out. Dh tahu...kalau buat semua confirm badan akan demam urat! Pokok rose pon dh order sikit2.. sekali harung mau kn standby beribu ribu hengget kot hahah..

Doakan semoga impian thn 2015 tercapai..nk cantikkan kembali laman ku.. nk kekalkan kurus & sihat.. ihiks..

No comments:

Post a Comment

Saya Peminat Tegar Mawar Khatulistiwa.
Nak Komen....Nak Komen.. Nak! Nak!