Tuesday, July 9, 2013
Bird House in The Garden Today...
Assalamualaikum... selamat petang...
Esok sudah mulai berpuasa... Ramadhan kembali menjelma... Alhamdulillah... semalam juga sudah memenuhkan peti ais dengan bahan mentah yang akan digunakan untuk memasak juadah. Uhh sarat kepala memikirkan apa menu saban hari....
Bird house baru. Eh tidak baru sangat... sudah lama berada di tepi tiang rumah. Saya beli di Bangkok tempohari. Mampu membeli sebiji sahaja. Bukan tiada wang, cuma tiada tempat hendak di letakkan untuk di bawa pulang ke Malaysia... Rumah burung ini agak berat (material kayu rumah tu..) bukan playwood. Saya sendiri masa pusing-pusing di pasar pagi tu, tak lawat nak jinjit sebiji ini. Terpaksa pula beli beg mengkuang yang cantik. Beg tu pula muat sebiji ini saja. Agak besar juga rumah ini berbanding rumah burung yang biasa ada di Romantika atau SSF itu. Harga di sana BHT280. Murah kan.... kalau dibanding harga di sini, boleh dapat 2-4 biji di sana.. cuma masalah nk bawa balik tu lah, kerana saya sudah membeli belah kain baju benang sebelum jumpa rumah burung ini.
Baru petang ni dapat buat stand. Tukang sendiri... ala kadar je... asal boleh berdiri tegak.. belum cat lagi... ini masalah juga.. cat, berus sudah siap beli... masa dan mood untuk mengecat tu saja tiada....
Pokok ros juga nampak dah ok sikit... tapi, baru sekejap tadi hujan turun.. 'hujan lalu' orang kata.. hujan sekejap.... kalau hujan sekejap macam ni, jaga-jaga penyakit kulat akan cepat merebak :(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
comel rumah bird tu
ReplyDeleteooo...kalu ujan sekejap yg bahaya. saya ingatkan ujan lebat. dpt info baru ari ni. tq Fizan
ReplyDelete