Sunday, August 25, 2013

Laman Terkini 26. Ogos 2013


Assalamualaikum.... masih beraya ke? seronok ye ada jemputan rumah terbuka.. kami di sini tak ada siapa nak jemput makan-makan hahah... maklum pekerja suami saya semuanya Siam. Tiada Melayu.. kalau ada pun kawan-kawan sekerja (sama-sama orang luar) suami saya. tu pun mereka sibuk juga... ermm

Macam tak percaya, saya baru balik dari perjalanan jauh ke Kuantan - Kuala Lumpur - Kelantan. Suami saya ada meeting tiba-tibanya.. biasa lah kerja dengan syarikat Thailand ni.. semua kena 'Khapp... Khapp'.. Rabu gerak subuh subuh lagi dari rumah. Anak-anak pun terpaksa ponteng sekolah 3 hari (termasuk Sabtu sekolah ganti). Biasa dah tu... cikgu kelas pun sudah tahu.. asal tak datang sekolah pastinya outstation... Jam 2 petang suami mesti sudah ada di pejabat cawangan Kuantan. Uiii sudah lama saya tidak ke Kuantan. Paling last 9 tahun yang lalu. Masa tu anak sulung baru umur setahun.. Masa tu highway tak ada lagi.. saya ingat lagi, sampai mabuk kereta saya dibuatnya sebab jauh sangat Kuantan tu dari Temerloh ejejejeee.. dapat juga makan seafood di Tanjung Lumpur.. apa pun makanan di Kuantan tak boleh blah.. sangat MAHAL. -- kaya-kaya orang Kuantan ni heheh

4 hari meninggalkan rumah.... ini saja pokok bunga saya... makin banyak yang saya buang.. saya gantikan dengan tumbuhan hijau seperti keladi dan pokok bunga kertas... ermm rasa malas nk bela pokok ros dah... penat.. sangat penat... lepas satu, satu kerja perlu di buat..sedangkan masa saya semakin terhad...sibuk dengan aktiviti harian dan kerja yang semakin banyak...kerja yang mendatangkan RM...

Sakura yang semakin gersang... tiada berdaun... malas betul nak trim....

Summer Snow yang telah saya tanam di dalam tanah. Akarnya sudah tidak muat di dalam pasu.. asik kuning dan gugur daun je. penat nak menyapu...dia perlukan air yang banyak!

Prosperity yang wangi juga...

Herba orang putih saya...perlu tukar pasu dah ni...

Durinya sangat tajam dan 'berbisa'.

tiada berdaun.... rasa nak cabut buang je.. tapi sayang... biarkan ia tumbuh daun...proses 'hard prunning' telah di baut

Pokok mahal ni... David Austin punya spesis.... Spirit Of Freedom.

Ini saja yang ada....


Katak yang di 'sula' hahah


masin bertahan... Mary Rose.




bunga kesayanganku...makin merimbun. Mudah biak...

Morning Glory yang saya beli benihnya dari China... jenis hibrit. Warnanya purple & violet. Comel dan cantik!





Pokok Bunga Yesterday, Today & Tomorrow.. baunya harum...


Senang jaga. Pokok  Bougenvilla



1 comment:

Saya Peminat Tegar Mawar Khatulistiwa.
Nak Komen....Nak Komen.. Nak! Nak!