Saturday, April 27, 2013

Update bergambar laman berpasu mawar menjelang PRU 2013

Assalamualaikum.. good morning. Dikala update post sekarang baru jam 5.30 pagi. Internet agak laju krn semua insan masih tidor..

Seminggu yang lepas saya berada di Kuala Lumpur. Detailsnya menunpang di rumah adik di USJ kerana saya ada shooting bersama karangkraf untuk penerbitan buku kraf saya - crochet. Wee terus terang sejal tahun 2005/2006 saya mulai serius bercrochet memang saat ini yang dinantikan!! Walaupun karangkraf itu kompeni lama, itu 10thn yg dulu... maaf saya tiada kroni. Alhamdulillah orang nampak hasil usaha saya selama ini... yang penting usaha kan. 10thn baru jejak kembali karangkraf, rakan sejawat dulu semua pangkat manager. Emm x jumpa pun krn setiap hari sangat sibuk mahu siapkan segera shooting.. lain kali lah jumpa. Pasti mereka sudah x kenal - dulu anak dara slim melim. Skrg sudah lain huuuuu

Ok balik ke asal.... selama seminggu saya tinggalkan pokok, cuaca tersangat panas. Harapkan orang rumahlah siram. Entah siram ke tidak heheh biasa le lelaki. Suami saya la tu.. tidak lah rajin mana pun.. hiii ok la asalkan pokok saya x kering tanah dah bersyukur. Alhamdulillah ini lah hasilnya... ada kuning sikit daun, tapi tak ada black spot!! Tak ada black spot tapi anak anak belalang sedap enak menjamu daun pula. Sudah lama tidak sembur air tembakau. Tak ada masa pulak nk sembur. Ikutkan hati spray je terus H2O. Pastinya memerlukan beberapa botol..

Nampak laluan berjalan tu semakin sempit. Sementara dia tengah rimbun. Beberapa bulan lagi musim tengkujuh. Pasti gondol semula :(












2 comments:

  1. salam....... meriahnya bunga ros. mesti best setiap hari ada bunga kat laman.

    ReplyDelete

Saya Peminat Tegar Mawar Khatulistiwa.
Nak Komen....Nak Komen.. Nak! Nak!