Tuesday, April 2, 2013

Rajuk ku terubat... April 2013

Cuaca semakin panas... ya pokok ros suka sangat dengan cuaca panas. Pendek kata kalau dapat cahaya terus dari pagi-t/hari sekurangnya 6jam sangat bagus!

Sepanjang cuti sekolah saya pun bercuti dengan keluarga. Kelantan-pahang-perak-kedah-kelantan as usual... bukan kaki jalan..tapi dah kami ni orang luar. Bukan orang Kelantan. Maka balik kampung kedua belah pihak sudah perlukan kami mengembara separuh Semenanjung dan merentasi banjaran. Alang-alang jalan jauh terus la singgah mana tempat yang menarik contoh Bukit Tinggi (x de yg menarik pun dihatiku..
)... jalan jalan cari makan itu wajib sementelah rezeki anak-anak semakin bertambah. Dulu 5thn awal kawin mana boleh jalan.. bajet...bajet..makan megi tu biasa..tu sbb saya kurus je dulu hahah..

Ok, berbalik ke pokok ros... seminggu tinggal saya buat drip water bodo-bodo je. Ada yg bercadang letak timer.. tp ku x reti la buat canggih sngat. Asal boleh keluar air dan pokok bersiram dah bersyukur sangat... suami tengok mula pelik. Sy buat sendiri..beli barang sendiri...puas hatikan... harapkan org laki yg very economic mcm suamiku itu sy perlu berdebat dan berhujah baru dapat beliau laksanakan... bila buat sendiri pemantauan beliau ttp ada... komen ttp ada. Byk cakap sila buatkan...hehe last dia sengeh je bila pokok ku sihat subur setelah seminggu tinggal dgn cuaca panas terik.

Hasil baja siam juga pokok ku kembali gebussss....

Ups ada arch baru juga untuk climber rose dan rambler rose ku yg beli dari oversea itu. Lalalaaa tunggu mereka panjat ya...




No comments:

Post a Comment

Saya Peminat Tegar Mawar Khatulistiwa.
Nak Komen....Nak Komen.. Nak! Nak!