Monday, January 14, 2013

Compost bin Recycle.

Assalam.. selamat pagi.. bukan kita tak tahu bagus sangat jika kita menggunakan semula bahan buangan sisa dapur.. rumput potong..daun gugur.. apatah lagi bahan yang boleh dipakai, kita pakai je selain menjimatkan dan menjaga kualiti alam sekitar.

Saya dah lama nak buat satu. Tapi tu la.. asik je lupa bila dah sibuk dgn urusan lain. Pagi ni membelek google, terjumpa semula 'make your own compost'.. selepas baca sedikit info, nahhh menggerabat dapor terus cari la tong minyak yang tak buang lagi. Banyak dah tong minyak saya buang. Niat nk buat container tanam sayur la konon last apa pun tak jadi hehe.

Mula fikir nak pakai tong cat. Selain besar, ada juga penutupnya. Tapi sayang nak pakai coz rumah kecik, tong cat jadi tpt simpan baja ku dan boleh jadi tpt duduk dlm waktu yg sama- bajet la sangat kan.. haha

Biasa sisa makan memang saya buat enzim untuk tanaman. Masih bamyak berbaki tu.. kadang saya campak je ke pangkal pokok atau ros saya. Tapi tu la.. tak kemana pun bila tikus mondok juga datang sebat.

Dengan adanya bekas compos ni mudahkan lagi beberapa bulan bole lah curah di pasu ros saya..

Bahan yang boleh di kompos:

Sayuran
Buahan
Kulit telur
Suratkhbar
Kertas racik
Sisa teh dan kopi
Bijirin
Nasi basi
Dan bahan yg tidak berminyak dr saki baki makanan
Daun kering
Rumput
Kayu reput seeloknya yang dah hancur
Habuk kayu
Sabut kelapa yg hancur

Ok. Ada lagi satu bekas nak buat. Ni kena minta husband korekkan tanah sebab bekas tu besar juga. Sy tak larat nak menyangkol..


2 comments:

  1. salam, saya pula jadikan beg plastik tebal macam plastik beras dan plastik pampers anak sebagai bekas kompos. bila dah penuh, ikat dan biarkan terperam. sekali sekala buka dan gaulkan semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lagi menjimatkan!! Guni beras banyak juga.. ya kan bekas minyak bukannya besar.Terima kakih sudi berkongsi!! Sekuranya ada bekas lain sama... boleh la peram rumput yg sy dok longgok tu...

      Delete

Saya Peminat Tegar Mawar Khatulistiwa.
Nak Komen....Nak Komen.. Nak! Nak!