Tuesday, May 22, 2012

7 Sister Rose



Lama sudah hendak membuat satu lagi blog tentang pokok pokok di laman konkrit (laman tidak lagi berumput..) saya. Maaf jika ramai yang ternanti-nanti.. Saya tidak lah profesional.. Saya juga tidak lah tahu sangat tentang spesis dan asal usul nama mawar. Jika ada salah dah silap, saya minta maaf. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan kegembiraan menanam mawar di laman saya yang tidak seberapa ini.

Perkenalkan, bunga pertama yang benar-benar meruntun jiwa saya untuk milikinya. Nama di beri 7 Sister
Cantik kan? Kudupnya kadangkala tidak berkembang penuh. Tetapi baunya sangat harum jika berada berdekatan dengannya. Warna merah jambu yang sangat cantik. Jenis berjambak.

Pokok ini masih kecil.. saya sangat berharap ia mampu membesar dan mengahasilkan banyak bunga kerana ia sangat unik dan tersangat cantik.

4 comments:

Saya Peminat Tegar Mawar Khatulistiwa.
Nak Komen....Nak Komen.. Nak! Nak!