Tuesday, June 12, 2012

Racun Organik membunuh Bena Putih

Seperti mana yang pernah saya nyatakan dulu, racun organik iaitu cecair yang kita boleh guna pakai dari bahan yang ada di dapur kita sangat baik untuk kesihatan dan persekitaran.

Masalah yang melanda sejak beberapa hari lalu adalah Bena Putih. Selain berada di daun pokok ros, ia juga gemar menyerang pokok Hoya serta JR. Pokok lain juga ada, kena rajin periksa ya.

Sekali ia menyerang pokok akan mati terus. Jadi langkah mudah untuk matikan terus Bena Putih ini adalah dengan sembur racun organik ramuan ini.

**sebab sepasu je kena serang, so saya bancuh 500ml saja**

- 500ml air
- 3 biji cili padi
- 5 ulas bawang putih
- dua cubit soda bikarbonat
- 1 sudu kecil sabun cecair cuci pinggan

## blender semua dan tapis, boleh spray anytime! ##

Saya spray tengah hari panas tu, mati terus bena tu. Puas hati!

Selamat mencuba.
Gemuk gemuk Bena Putihnya.. maklum lah hisap zat subur JR saya!!


Bancuhan ramuan pijar saya (racun organik)

Bena yang tergolek menanti maut.. haha

Ewwww... geli kalau banyak banyak macam ni. Sembur sampai lencun pun tak apa.. bagi semua kena air cili tu.. panas pijar + MAUT! Lihat tubuhnya tu... meremang bulu roma!

15 comments:

  1. Menarik. Saya dah cuba. Terima kasih berjaya.

    ReplyDelete
  2. kat rumah saya yg selalu mati diserang bena pokok portulaca tu.geram sgt kat bena. kadang2 bena ni duduk dlm tanah serang pokok berubi seperti lili.terima kasih kerana share tips ye.

    ReplyDelete
  3. waa,nk cubala...coz pokok byk mati dah...huhuhu

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas tips tue. pokok kacang kelisa saya pun kena macam nie. tp saya tak tahu apa bendanya tue. skrg baru saya tahu...bena putih namanya...:)

    ReplyDelete
  5. oo bena putih ye namanya.. saya dok panggil bangkak je.. mmg geram dengan ini makhluk perosak. habis pokok sayur saya mati.. TQ bagi tips ni. lps ni mmg akan terus buat...kesian pokok pokok saya menjadi mangsa kerakusan bena putih......

    ReplyDelete
  6. dah 4 pokok hiasan saya mati dek kerana binatang ni.. geram saya.. dah pakai racun organic cap BABA yang dibeli di Aeon Big.. x jugak berhasil.. nasib baik saya jumpa tips ni.. balik kerja ni saya nak terus buat.. thanks for this great tip..

    ReplyDelete
  7. Kalau tak campur soda bikarbonat x boleh ke?

    ReplyDelete
  8. Tq share tips ni. Nak cuba la..
    bena dah menyerang rj saya juga..
    hope mati semua bena putih tu.

    ReplyDelete
  9. Nak tanya untuk pokok orkid blh guna x racun ni?

    ReplyDelete
  10. Kalo serangga yang attack dalam tanah tu,kalo sembur,mati x pokok?kot2 la pijar semua nnt

    ReplyDelete
  11. T.kaseh atas panduan inisaya dah cubs harap2 dah tak serang lagi bunga ris jepun n cili saya

    ReplyDelete
  12. Asskm, Selalu racun organic homemade ni expiry date dia bila?

    ReplyDelete
  13. Kalau dalam tanah nk buat mcm na?

    ReplyDelete

Saya Peminat Tegar Mawar Khatulistiwa.
Nak Komen....Nak Komen.. Nak! Nak!