Showing posts with label Mawar Tanpa ID. Show all posts
Showing posts with label Mawar Tanpa ID. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Rose Pink Wangi Tiada ID



Salam di hari Jumaat... pagi tadi berpeluh peluh juga mengerjakan pasu pasu pokok mawar saya.. Kerjakan apa? - Ya sebulan sekali perlu juga tanah-tanah di pasu atau di tanah tu digembur gemburkan supaya rongga tanah boleh 'bernafas'.. boleh menyerap air dan baja dengan baik.. Tapi pastikan gembur manja je la ya.. takut nanti mencederakan akarnya.. Akar pokok mawar ni sensitif sedikit. Kalau tercedera, pokok bisa mati..

Tanah perlu di gembur sebulan sekali untuk menghasilkan pokok
yang cantik dan sihat.



Gambar pagi tadi.. sudah kembang sepenuhnya. Keharumannya memenuhi ruang laman. Lama saya tanam pokok ni. Hampir 5 bulan. Sukar mendapatkan kudup yang cantik lantaran selalu berpenyakit.. Alhamdulillah dapat juga beberapa kuntum bunganya bulan ini.. sangat berpuas hati..

Thursday, May 24, 2012

Si Cuppy Pinkish yang wangi..



Sweet sangat mawar ini. Proses pembelian, suami saya yang pilihkan. Tidak sia-sia rasanya.. kerana baunya sangat harum. Seperti bau sirap.. tetapi tidaklah kuat.

Nampak seperti jenis mini.. berdaun kecil.. Saiz bunga dalam 2 inci dan berbentuk mangkuk (cuppy).

Wednesday, May 23, 2012

Mawar tanpa nama


Misterius... Apa namanya ya? Roscobbage? Tapi, saiznya kecil je.. tak besar mana.. Kudup tengah macam tu je, macam simpan telur.

Warna pink, bau harum jika dekat.. Saiz sederhana dlm 2.5 inci saja. Bukan mini..



Usianya hampir 7 bulan kut. Tapi lambat sangat membesar. Asal berdaun, kena penyakit.. asal berkudup, kena penyakit.. Baru ini elok dan cantik berbunga. :)

Pokok pun kecil lagi.. kalau besar boleh la cuba menge'tut'.