Assalamualaikum..
Alhamdulillah mini herbs garden ku semakin menggebu... banyak kali juga saya semai herbs ini untuk perapan ayam.. daging.. ikan.. lamb chop... stew...memang sedap. Fresh lagi!
Ini pertama kali saya membela herbs yang boleh kita kata negera sejuk punyakan.. antaranya Oregano, Thyme, Rosemary.. yang biasa punya ada di situ pokok serai kayu, selasih thailand.. Oregano tu ada 2 jenis. Maaf saya kurang arif, tapi bila dh jumpa sama jenis dalam blog minah saleh confirm bukan pokok bangun-bangun.. entah le.. saya pn xpernah jumpa pokok bangun-bangun secara live lg... nanti nak dapatkan sepokok lah... mgkin saya silap ambil ke cemana ya.. akan di google lagi info.
Pokok ni semua saya beli di Cameron Highland. Macam biasa sesi memborong en suami x cakap apa pun.. ce kalau saya borong tudung, banyak dia punya interview hahah... tu belum beli kasut lagi tu... jenuh saya berdebat dengan dia.. kekadang saja dia nak tunjuk ketererran dia dlm bidang ekonomi yang dia ambil masa kat universiti dulu kan.. sebab wife dia terer managment, so kena la fight.. ada kena mengena ke?? Haa Lantak situ.. janji beli diam diam, dh ada dpn mata pakai je sambil tanya kat dia "cantik tak wife you?"
Ok back to straight way... pokok ni semua senang jaga!! Ini panduan untuk kawan kawan yang nk bela juga ya..
Pokok ni semua nak duduk di kawasan redup tetapi kena cahaya sikit. Contoh celah celah pokok bunga.. tepi tingkap dapur..
Rosemary tu hanya perlu siram 3 hari sekali je.. jangan basahkan tanah dia sangat.. kalau tidak batang akan membusuk. Yang lain tu pun sama.. bila nampak tanah mcm nk kering baru siram.
Oregano tu senang sangat jaga.. petik je daunnya. Nanti banyak lagi tunas dia keluar.. pokok saya sekarang dah gemok. Nk petik daun bagi kering je lagi... kalau nk semai lain pun boleh.. petik saja daun antara batang. Semai di tanah. Cepat gemok nanti pokok tu..
Try lah dlm masakan.. memang meletop letop dalam mulut bak kata Chef Joe...