Showing posts with label Jenis Penyakit dan DIY Semburan Organik. Show all posts
Showing posts with label Jenis Penyakit dan DIY Semburan Organik. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Air Tembakau racun Organik - insektisida

Pati daun tambakau mampu memhalau beberapa jenis serangga, hama, pacat dan lintah.
Untuk dapatkan patinya kita boleh rendam bersama air panas atau merebusnya.
Setelah beberapa jam tapis tembakau dan simpan patinya.
Lakukan semburan kerap 3kali sehari untuk serangan teruk. Seminggu sekali untuk mencegah.




Tuesday, January 8, 2013

Penyakit Mawar - Black Spot

Hai.. entry hari ini berkaitan penyakit mawar yang pasti menyerang pokok anda lagi untuk cuaca macam negara kita iaitu Black Spot.
Ciri utamanya adalah tompokan hitam pada daun. AWAS!! Ia cepat merebak dalam masa hanya 3hari! (berdasarkan pengalaman sendiri)
Puncanya adalah dari kelembapan dan kulat yang terhasil. Kulat ini menghasilkan spora yg cepat merebak.
Cara atasi:
1- kutip buang semua daun yang ada tanda bintik hitam. TAK PERLU SAYANG SAYANG LAGI LAH.. LAGI SAYANG BILA SATU POKOK BERJANGKIT! Buang jauh jauh ok.
2- Sembur dengan racun kulat yang boleh si dapati di kedai jual racun - Mancozeb.
3- Asingkan pokok/pasu dibawah cahaya matahari panas sampai pulih.
4- jgn lupa baja dan siram spt biasa.
SELAMAT BERGARDENING!
Fizan Wan Pani

Tuesday, June 12, 2012

Racun Organik membunuh Bena Putih

Seperti mana yang pernah saya nyatakan dulu, racun organik iaitu cecair yang kita boleh guna pakai dari bahan yang ada di dapur kita sangat baik untuk kesihatan dan persekitaran.

Masalah yang melanda sejak beberapa hari lalu adalah Bena Putih. Selain berada di daun pokok ros, ia juga gemar menyerang pokok Hoya serta JR. Pokok lain juga ada, kena rajin periksa ya.

Sekali ia menyerang pokok akan mati terus. Jadi langkah mudah untuk matikan terus Bena Putih ini adalah dengan sembur racun organik ramuan ini.

**sebab sepasu je kena serang, so saya bancuh 500ml saja**

- 500ml air
- 3 biji cili padi
- 5 ulas bawang putih
- dua cubit soda bikarbonat
- 1 sudu kecil sabun cecair cuci pinggan

## blender semua dan tapis, boleh spray anytime! ##

Saya spray tengah hari panas tu, mati terus bena tu. Puas hati!

Selamat mencuba.
Gemuk gemuk Bena Putihnya.. maklum lah hisap zat subur JR saya!!


Bancuhan ramuan pijar saya (racun organik)

Bena yang tergolek menanti maut.. haha

Ewwww... geli kalau banyak banyak macam ni. Sembur sampai lencun pun tak apa.. bagi semua kena air cili tu.. panas pijar + MAUT! Lihat tubuhnya tu... meremang bulu roma!

Thursday, May 24, 2012

Jenis Penyakit & DIY Semburan Organik