Salam di hari Jumaat... pagi tadi berpeluh peluh juga mengerjakan pasu pasu pokok mawar saya.. Kerjakan apa? - Ya sebulan sekali perlu juga tanah-tanah di pasu atau di tanah tu digembur gemburkan supaya rongga tanah boleh 'bernafas'.. boleh menyerap air dan baja dengan baik.. Tapi pastikan gembur manja je la ya.. takut nanti mencederakan akarnya.. Akar pokok mawar ni sensitif sedikit. Kalau tercedera, pokok bisa mati..
Tanah perlu di gembur sebulan sekali untuk menghasilkan pokok yang cantik dan sihat. |
Gambar pagi tadi.. sudah kembang sepenuhnya. Keharumannya memenuhi ruang laman. Lama saya tanam pokok ni. Hampir 5 bulan. Sukar mendapatkan kudup yang cantik lantaran selalu berpenyakit.. Alhamdulillah dapat juga beberapa kuntum bunganya bulan ini.. sangat berpuas hati..
No comments:
Post a Comment
Saya Peminat Tegar Mawar Khatulistiwa.
Nak Komen....Nak Komen.. Nak! Nak!