Hai.. entry hari ini berkaitan penyakit mawar yang pasti menyerang pokok anda lagi untuk cuaca macam negara kita iaitu Black Spot.
Ciri utamanya adalah tompokan hitam pada daun. AWAS!! Ia cepat merebak dalam masa hanya 3hari! (berdasarkan pengalaman sendiri)
Puncanya adalah dari kelembapan dan kulat yang terhasil. Kulat ini menghasilkan spora yg cepat merebak.
Cara atasi:
1- kutip buang semua daun yang ada tanda bintik hitam. TAK PERLU SAYANG SAYANG LAGI LAH.. LAGI SAYANG BILA SATU POKOK BERJANGKIT! Buang jauh jauh ok.
1- kutip buang semua daun yang ada tanda bintik hitam. TAK PERLU SAYANG SAYANG LAGI LAH.. LAGI SAYANG BILA SATU POKOK BERJANGKIT! Buang jauh jauh ok.
2- Sembur dengan racun kulat yang boleh si dapati di kedai jual racun - Mancozeb.
3- Asingkan pokok/pasu dibawah cahaya matahari panas sampai pulih.
4- jgn lupa baja dan siram spt biasa.
SELAMAT BERGARDENING!
Fizan Wan Pani
terima kasih atas tips yg diberi. saya pun hadapi masalah ni. setelah diletak ditengah panas dan dijaga, alhamdulillah, dah subur semula. banyak putik nak keluar. ;>
ReplyDeleteSama-sama.. Alhamdulillah dah pulih ya... BS biasa terjadi bila pokok/daun dlm keadaan lembab sentiasa... lagi2 cuaca tak menentu skrg... standby tong sampah dan plastik sampah byk2...
ReplyDeleteSalam Fizan,
ReplyDeleteTerima kasih atas petua yang diberikan. Ros Mak Aji dah mati sepokok dek BS ni. Itu gara2 sayang nak buang daunlah tu.