Kawan-kawan penggemar mawar namakan bunga ini Flame Bouquet. Lihat bunganya berwarna oren terang. Tepi petal berwarna oren cair. Seperti api kan?
Bunga berbau mawar biasa. Tidak kuat.. tetapi tetap ada bau. Pokok ini rajin berbunga. Mudah jaga. Tak perlu potong habis bunganya jika telah layu. Ia boleh gugur sendiri. Sebaik habis gugur, akan keluar kudup baru tidak lama selepas itu. Kadang kala jika cukup baja dan air.. ia tetap keluar tunas baru di pangkal batang. Habis bunga lama, keluar bunga baru.. best kan?
No comments:
Post a Comment
Saya Peminat Tegar Mawar Khatulistiwa.
Nak Komen....Nak Komen.. Nak! Nak!